Pages

Monday, February 14, 2011

Salam Maulidur Rasul


Assalamualaikum....

Alhamdulillah..sok Maulud Nabi. Dlm bahasa arab, Maulidur Rasul bermaksud kelahiran Rasul yang jatuh pada ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin ( Dari hadith riwayat Muslim, 8/25 ) 12 Rabiul awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571.

Kalau sebut je maulud nabi, terlintas majlis @ sambutan yang diadakan mcm berarak, selawat dsb. Bagi aku, semua tu xsalah, tp kita kena ingat (pn mengingatkan diri sendiri) bahawa apa yg penting adalah roh Maulidur Rasul tu sendiri. Jgn pd hari Maulidur Rasul je baru selawat, baru nk ingt kt Nabi Muhammad SAW. Janganlah kita jd mcm tu.

'umatku..umatku...umatku...'
itulah perkataan yg terbit dr Rasulullah tatkala nyawa Baginda hendak dipisahkan daripada badannya.....Baginda sgt risaukan keadaan semua umat Baginda....sbb tulah, aku, kau, dia, kamu, dan mereka, patuhlah pada segala ajaran dan suruhan Baginda...

Firman Allah Taala bermaksud: Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat serta ia pula menyebut dan mengingat Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang). (Surah al-Ahzab: ayat 21).

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL

No comments:

Post a Comment